----------------------
Ada satu ketika pernah terfikir tak, diri kita ni sebenarnya berada dalam tahap manusia yang baik, ataupun tidak.. dan bila terfikir tu, kita di tahap yang mana..?
Ya, tiada lain jawapan selain kita ini adalah pendosa.
Pendosa yang ingin ke Syurga....
Seperti dalam zikir taubat,
Wahai Tuhan.. ku tak layak ke syurgaMu....Namun tak pula.. aku sanggup ke nerakaMu..Sebagai manusia memang kita selalu melakukan dosa, dah buat dosa.. inginkan Syurga pula..
Tapi, beza sangat orang yang biarkan diri dia berada dalam dosa dengan orang yang berusaha keluarkan diri dari dosa..
Hadis ni, antara hadis yang bila hanis teringat... mesti rasa semangat..
Ya keampunan Allah tu sangatlah luas, Allah sentiasa menerima taubat kita.. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..😔 Sebab tu jangan putus asa.. teruskan cari diri..
كل بني آدم خطأ وخير الخطائين التوابون
Setiap bani Adam itu pernah melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah orang yang bertaubat..
Tapi keampunan Allah tu bukan alasan untuk kita tangguh taubat, senang lenang buat dosa ya. Itu menunjukkan besar mana dosa kita buat bila kita jumpa jalan kembali Allah sentiasa mengampunkan taubat.
Matlamat kita syurga, bayangkan bersusah payah tahan diri dari buat semula dosa yang ditinggalkan, tahan diri dari perkara-perkaya yang menguji.. akhirnya nanti dapat balasan yang takda tandingan, yang tak terbayang.. 😭
Kadang memang penat kan dengan diri sendiri, nak sangat syurga tapi selalu sangat buat dosa.. masih tak cukup baik.. masih leka..
Tapi tula beza orang yang berusaha dengan orang yang mengeluh sahaja..
Kalau nakkan kebaikan, kena kuat. Kalau jatuh, bangun balik. Setiap hari itu peluang untuk kita baiki diri..
Hidup kita ni ibarat satu pengembaraan, dalam perjalanan ada yang senang dan ada yang susah. Kita kena lalui pengembaraan tu dengan kuat, kalau lemah kita takdapat capai matlamat kita. Kalau kita kuat kita dapat sampai ke destinasi dengan kebahagiaan..
Apa yang kita usaha di dunia ni adalah satu tuaian.. seperti kita menuai tanaman.. hasilnya di akhirat nanti.. bagaimana keindahan hasil tu bergantung kepada bagaimana kita berusaha menuai tu.. jadi kita tuai yang baikbaik di dunia ni.. untuk kebahagiaan yang abadi..
Jadi, jangan jemu berusaha ya :)
Teringat lagu Jalan Keluar dari Rabithah...
(baca lirik tau!)
Pernah aku rasa, di hatiku sesuatu, yang ku pun tidak tahu, seolah kosong inginkan sesuatu, sesuatu.. Lalu ku termenung, mencari jawapannya, agarku mampu tenang, akhirnya ku menangis, hatiku pedih... Cuba kau bayangkan, bayangkan dengan mata hatimu, apa yang kau rasa? terjatuh di dalam lubang yang sama, berulang-ulang kali, kau tetap tewas... Hingga kini ku, masih mencari jalan keluar, ku buntu, hampirku putus asa darimu, namun apa guna andaiku hanya mengeluh? Kerna ku sedari, tuhan takkan pernah menzalimiku, hanya ku yang menzalimi diriku, Berilah jalan keluar..
https://www.youtube.com/watch?v=D6MmWTbbmis