Nak gelak jap sebelum menaip panjang, hahahahah. Rasa kelakar pula, latest post before yang ni time form one youalls.😆 Sekarang dah besar dah ha, 21 dah hihi. Eh besar ke?😏
Before hanis nak post macam-macam kat blog, plus lepas 2 hari edit semua ni walaupun still tak puas hati, hanis nak la share kalau ada yang tertanya-tanya kenapa blog? kenapa tulis kat blog? Ig kan ada? Fb kan ada? Twitter? Dah ler blog sape je nak pegi? Bukanke orang pegi blog kalau nak cari info je haha.
Jawapannya.. jengjengjeng. Haha jawapan dia entahler kome. Hanis pun taktahu, sebenarnya sebab sekarang cuti sem, memang ada niat nak menulis.. dah lama tinggal zaman penulisan, dulu time sekolah menengah, gigih tau tulistulis, hantar surat kat orang, share quotes bagi semangat kat kengkawan sume.. poyo je.
Hahaha. Tapi apa yang hanis tahu, menulis ni menyampaikan apa dari hati.. apa yang hanis tulis menenangkan jiwa hanis, dan harapannya boleh menenangkan jiwa orang juga. Giteww kedengaran acah ye haha. Tapi betul, saya lebih jujur dalam penulisan dari percakapan.
Hanis tak pilih tempat lain untuk post, sebab percaya atau tidak jari saya lebih laju menari disini berbanding di ig, taktahula.. tak minat kot. Dulu pun buat ig sebab nak tahu update kekawan sume, sebab time tu sapa je lagi main fb, tak ramai. Fb sekarang pun golongan makmak kita yang mendominasi haha.
TAPI, sebenarnya dalam keseronokkan dapat kembali ke alam penulisan ni... lebih besar lagi rasa ketakutan.. macam-macam benda terfikir, layak ke aku menulis? cane kalau apa yang aku tulis ni salah? tapi kalau aku tulis aku bukannya baik cane? cane kalau tulisan ni jadi fitnah atas diri aku?
Dan macam-macam lagi sebenarnya... tapi ya Allah, dalam nak lawan rasa tak sedap hati tentang menulis ni, apa yang hanis harap.. semoga usaha sedikit ni dapat bantu aku baiki diri, sekaligus beri semangat untuk orang baiki diri samasama.
Antara benda yang hanis rasa bukak mata hati hanis untuk terus menulis adalah, bila bukak fb. Fb dah jarang pakai untuk contact orang sekarang, tapi! Fb ni bantu hanis imbau balik kenangan lama, zaman dulu ada tulis2 kebaikan kat wall, ada berpesan-pesan kepada orang (disamping segala kesengetan otak menaip yang bukan-bukan😂). Tak banyak pun, tapi cukup buat hanis terfikir, oh macam ni ke aku dulu? Sekaligus diri yang rasa makin jauh tersasar nampak sinar sikit untuk patah balik... apa yang aku pesan dulu sebenarnya nasihat untuk aku. Mungkin tanpa tulisan tu, aku tak berapa sedar... Alhamdulillah, besar kuasa kata-kata dan penulisan.. lebih banyak kesannya kepada tuan yang telah menulis.
Jadi mulai harini nak cuba pasakkan dalam hati, menulis untuk baiki diri sendiri dan ajak orang lain.. InsyaAllah hanis cuba.
Okaylah, sampai sini je.. banyak nak cakap, tapi bosan korang nak dengarnya. Kita sambung pada post2 lain ya. InsyaAllah.
![]() |
"berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran" Allah yusahhil InsyaAllah.. |
No comments:
Post a Comment
Let's drop something here :)