Harini nak sambung coretan tentang kesabaran.. soal sabar ni memang panjang, dalam penulisan banyak huraiannya tentang sabar.. dalam perbuatan sabar ni pulak kadangnya susah untuk dilakukan.. perlu ambil masa dan ruang yang cukup untuk menjadikan diri mampu untuk menahan dari melakukan perkara2 yang Allah larang..
Setiap sorang dalam muka bumi ni, semua ada ujian masing-masing. Kadang tu sampai kita tak terbayang seseorang tu banyak sangat melalui ujian, sebab nampak dia sabar.. redha. Cemburu dengan orang yang sentiasa dapat kawal kesabaran dan yakin totally kepada takdir Allah.
Ada orang, dia kaya.. orang tau dia banyak duit sebab nampak kaya, rumah besar, boleh beli macam-macam.. tapi orang tak pernah nampak bila waktu dia susah, bila waktu dia kena kuat sebab takda duit..
Ada orang, dia tak jaga ikhtilat.. dia couple, dengan orang lain dia jaga batas tapi tidak dengan pasangan dia, orang nampak mungkin dia sedang buat dosa.. tapi orang taktahu betapa dia sedang struggle dan sentiasa bersalah dengan dosa yang satu tu..
Ada orang, dia pandai. Orang nampak dia pandai, selalu score. Tapi orang tak nampak dia susah sebab takda kawan, jati diri tak kuat, takda support system yang kuat. Yang ada cuma diri dia, yang boleh beri semangat kat diri sendiri.
Dan pelbagai lagi situasi kita, semua orang ada struggle masing2 nak keluar dari keadaan yang tak tenang. Semua orang ada ujian, sebab tu Allah kata Dia bersama dengan orang bersabar..
Belum tentu dia kaya, dia bahagia.. mungkin orang sederhana keluarganya lebih bahagia dan harmoni. Belum tentu juga pelajar tahfiz seorang alim, mungkin lebih berat ujiannya menjaga hafazan dan pandangan pada dunia..
Tempat yang kita ada sekarang, tempat yang kita sedang berdiri dan jalani hidup setiap hari ni, itulah yang terbaik untuk kita. Walaupun kita tak sedar, kita rasa seronok jadi orang lain, tapi kadang kita lupa ada juga orang yang mengharapkan hidup dia sama macam kita. Dan bila waktu kita rasa tak kuat sekalipun, Allah jadikan semua tu sebab memang kita yang paling layak, dan Allah tahu apa yang kita rasa time tu memang terbaik untuk kita.. taknampak disisi kita tapi Allah yang paling tahu.
Sebab tu besar pahala kita bersabar dengan kehidupan kita. Pemilik keadilan tu Allah, mana mungkin Yang Maha Adil berikan sesuatu yang sia-sia pada kita. Kena kuat sangkaan kita pada Allah.
Sebab tu, antara doa paling penting lepas doa kita memohon sesuatu kat dunia ni, mintalah agar kita dikurniakan rasa redha jika sesuatu yang kita nak tu belum kita miliki. PENTING!!
Bercakap soal tu, hanis teringat dulu waktu sekolah hanis selalu dapat result exam teruk.. cemburu sangat tengok orang lain sentiasa seronok je. Hanis ni nak dapat B+ pun susah. Ada masamasa tu hanis selalu tanya kat Allah sambil nangis, ya Allah kenapa kau uji aku macam ni, kenapa orang lain boleh dapat nikmat result yang baik, kenapa asyik aku je yang dapat result teruk.. aku solat, aku baca Quran.. aku sungguh-sungguh hafal Quran, aku cuba buat baik.. tapi kenapa aku selalu dapat ujian ni. Nangisnangis dan termenung sorangsorang kat musolla. (sedihnya bila teringat...)
Sejujurnya banyak masa yang hanis rasa hanis tak redha dengan takdir.. astaghfirullah teruk sangat bila ingat balik, tapi sebenarnya susah sangat nak sangka baik, belum masuk kena rendahkan lagi dengan beberapa individu, kena malukan dalam kelas dan lain-lain.. susah nak cari kekuatan tu..
Tapi sebenarnya, disebalik kesusahan kita rasa tu ada nikmat lain Allah bagi kat kita cuma kita terlalu fokus pada lubang kecil kesedihan tu sampai lupa nikmat-nikmat lain. Kena buka mata dan sedar, kita memang kena susah kat dunia ni sebab matlamat kita syurga..
"setiap hari kita mohon Allah kurniakan sabar pada kita, mana mungkin sabar tu terus datang tanpa ujian, mesti Allah uji dulu baru kita akan dapat kesabaran tu.." <-- ni ayat ibu hanis yang selalu ibu ulang bila cakap tentang sabar ni.
Sampai sekarang, bila nak minta sesuatu kat dunia.. lepas je doa tu terus doa juga minta Allah jadikan kita redha bila tak dapat benda tu sebab takut sangat kalau kita banyak bersangka buruk dengan Allah.. sedangkan Allah bagi semuanya terbaik..
kalau dapat pun nikmat tu tapi sebenarnya azab dalam nikmat, na'uzubillah..
Kita kena cuba jadikan ujian tu tanda cinta. Ustazah Asma' Harun pernah cerita.. Ada orang tu lepas kawin takda anak, setiap hari mohon pada Allah kurniakan anak.. lepas 10 tahun baru dikurniakan satu-satunya anak. Tapi satu hari anak dia meninggal, dia persoalkan pada Allah kenapa ambik satu-satunya anak dia.. yelah, dahlah lepas 10 tahun baru ada, satu pulak tu.. tiba-tiba meninggal.. orang lain yang ada ramai anak, semua sihat je.. kenapa dia Allah ambik anak tu? Ustazah pun tanya mcm mana hubungan dia dengan Allah bila dah ada anak.. Sebenarnya, bila dah dapat anak tu, dia sedikit lalai dalam ibadah kepada Allah.. sebab seronok bila ada anak.. jadi mungkin ujian tu sebab nak kita balik pada Allah semula..
Kita cuba sama-sama sebatikan sabar dalam diri kita, mungkin asbab sabar tu boleh jadi hujjah kepada kita untuk masuk ke syurga.. sabar kerana Allah.. InsyaAllah.
Satu hadis tentang sabar.. orang mukmin ni bila diuji dia bersabar.. bila dia diberi nikmat, dia bersyukur.. memang kita jauh nak gelar diri mukmin, tapi tu usaha kita.. so pegang dua tu..
Sabar dan syukur, pegang erat keduanya 💖
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
No comments:
Post a Comment
Let's drop something here :)