Syurga, adakah milik orang yang baik sahaja?

Jika syurga dimiliki untuk orang yang baik sahaja, adakah pendosa sepertiku tidak layak mendapatkannya?

----------------------

Ada satu ketika pernah terfikir tak, diri kita ni sebenarnya berada dalam tahap manusia yang baik, ataupun tidak.. dan bila terfikir tu, kita di tahap yang mana..?
Ya, tiada lain jawapan selain kita ini adalah pendosa.

Pendosa yang ingin ke Syurga....
Seperti dalam zikir taubat,

Wahai Tuhan.. ku tak layak ke syurgaMu....Namun tak pula.. aku sanggup ke nerakaMu..
Sebagai manusia memang kita selalu melakukan dosa, dah buat dosa.. inginkan Syurga pula..
Tapi, beza sangat orang yang biarkan diri dia berada dalam dosa  dengan orang yang berusaha keluarkan diri dari dosa..

Hadis ni, antara hadis yang bila hanis teringat... mesti rasa semangat..

كل بني آدم خطأ وخير الخطائين التوابون
Setiap bani Adam itu pernah melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah orang yang bertaubat..
 Ya keampunan Allah tu sangatlah luas, Allah sentiasa menerima taubat kita.. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..😔 Sebab tu jangan putus asa.. teruskan cari diri..

Tapi keampunan Allah tu bukan alasan untuk kita tangguh taubat, senang lenang buat dosa ya. Itu menunjukkan besar mana dosa kita buat bila kita jumpa jalan kembali Allah sentiasa mengampunkan  taubat.

Matlamat kita syurga, bayangkan bersusah payah tahan diri dari buat semula dosa yang ditinggalkan, tahan diri dari perkara-perkaya yang menguji.. akhirnya nanti dapat balasan yang takda tandingan, yang tak terbayang.. 😭

Kadang memang penat kan dengan diri sendiri, nak sangat syurga tapi selalu sangat buat dosa.. masih tak cukup baik.. masih leka..
Tapi tula beza orang yang berusaha dengan orang yang mengeluh sahaja..
Kalau nakkan kebaikan, kena kuat. Kalau jatuh, bangun balik. Setiap hari itu peluang untuk kita baiki diri..

Hidup kita ni ibarat satu pengembaraan, dalam perjalanan ada yang senang dan ada yang susah. Kita kena lalui pengembaraan tu dengan kuat, kalau lemah kita takdapat capai matlamat kita. Kalau kita kuat kita dapat sampai ke destinasi dengan kebahagiaan..
Apa yang kita usaha di dunia ni adalah satu tuaian.. seperti kita menuai tanaman.. hasilnya di akhirat nanti.. bagaimana keindahan hasil tu bergantung kepada bagaimana kita berusaha menuai tu.. jadi kita tuai yang baikbaik di dunia ni.. untuk kebahagiaan yang abadi..

Jadi, jangan jemu berusaha ya :)



Teringat lagu Jalan Keluar dari Rabithah...
(baca lirik tau!)

Pernah aku rasa, di hatiku sesuatu, yang ku pun tidak tahu, seolah kosong inginkan sesuatu, sesuatu.. Lalu ku termenung, mencari jawapannya, agarku mampu tenang, akhirnya ku menangis, hatiku pedih... Cuba kau bayangkan, bayangkan dengan mata hatimu, apa yang kau rasa? terjatuh di dalam lubang yang sama, berulang-ulang kali, kau tetap tewas... Hingga kini ku, masih mencari jalan keluar, ku buntu, hampirku putus asa darimu, namun apa guna andaiku hanya mengeluh? Kerna ku sedari, tuhan takkan pernah menzalimiku, hanya ku yang menzalimi diriku, Berilah jalan keluar..
https://www.youtube.com/watch?v=D6MmWTbbmis


BUKU : SAYA CINTA AWAK :P

Assalamualaikum earthlings :) 💓

Harini tajuk kita tentang..... Sahabat hanis.. hikhik tapi bukan sahabat manusia tu tau👀, ni sahabat hanis yang selalu ada  untuk saya rujuk, untuk cari inspirasi, untuk dapatkan nasihat dan motivasi cuma kena pastikan rajin la baru dapat.

Disebabkan pagi tadi aca ada pm tanya recommended books so mcm terjana idea untuk buat next post tentang buku... kalau awak nak tahu hanis sukaaa ngat bukubuku. Banyakbanyak tempat beli-belah kedai buku la paling beshh wihuuuu. Apatah lagi pesta buku :') Antara fun fact hanis, hanis suka jalan cuci mata untuk shopping tapi selalunya tak beli apa pun la, tapi kalau masukkk je book fair wohoi memang kering la purse, tak pernah lagi rasanya tak beli buku bila masuk book fair, melainkan poket kosong ye sekosong hatiku. Minat sangat-sangat macam minat kumpul buku la, tapi of course la buku yang beli tu mesti sebab tertarik dengan cover, atau something yg hanis nak tahu dsb. Nanti kita buat satu post cara hanis pilih untuk beli buku...

But seriously, buku tu kecintaan aye. Kalau dapat hadiah buku tu fuh rasa dicintai tau :') And more interestingnya bila hanis yang bagi buku kat orang sebagai hadiah, meaning hanis bagi cinta hanis la hikhikhik >.< (sumpah nak kena sepuk budak ni 😂) haha. So any of my readers pernah dapat buku tak dari ite? Kalau pernah tahniah laa sebab awak dalam kalangan kesayangan aye :>

Okay post ni tak berbentuk ilmiah mana pun cuma nak share some books yang ade dalam almari yang i recommend.

Firstly, sebab hanis suka kumpul buku so macam ada 'varieties' la jenis mcm yg pembacaan ringan, macam komik ilmiah, buku quotes dll. Kalau yang sederhana, buku-buku motivasi, sirah2 dll. Kalau yang berat tu pulak contohnya buku-buku fiqh, kitab-kitab atau apaapa la yang menjadi rujukan dan perlu kepada guru untuk hujahan supaya lebih mengerti isi kitab tu dan sebagainya.

So bawah ni hanis share contoh-contoh buku yang adaaa. Boleh refer kalau nak mula jadi pencinta buku, i'll share why penting ada buku jenis ringan, sederhana and berat.

1) Ringan - buku untuk pembacaan ringan ni nak kena ada sebab bila rasa malas teruk tapi taknak buang masa gitu aja, ha bolehla amik buku camni. Dia simple je penyampaian tak perlu kita berfikir and amazingly boleh bagi input padahal tengah baca sambil baring je, and buku pun yang simple je. Buku camni serious banyak membantu terutama si pemalas mcm gueh yang banyak alasan.


Lukisan Tarbiah
HIGHLY RECOMMENDED!
Ni komik karya abeben, penyampaian dakwah melalui komik,
ringan sangat.. TAPI meaningful serious. Tak pernah miss lagi beli siri buku ni sebab best. Cuma tak silap pesta buku 2019 takde ataupun hanis yg terlepas 😆
Dalam buku ni banyak episod kehidupan contohnya entang merawat hati yang kosong, cara elakkan dari tengok perkara yang tak elok dan tak harapkan pandangan manusia.

Hari-Hari Sayang Nabi💗
Comel enn buku ni. Muka depan dia macam buku budak-budak je.
Masa beli pun macam anggap beli buku budak je, tapi bila baca seriously
 apa yang disampaikan tu benda simple tapi insan yang lupa inih rasa terharu bila diingatkan oleh sebuah buku :)

Buku ni komik yang berunsurkan pesanan daripada hadishadis mudah difahami, contohnya cara memperbaharui iman, balasan usaha dakwah dan lain-lain. 


Tuhan Mengujimu dengan Cinta💘
Ni contoh buku quotes, baca time down, tak semangat. Atau sesuai la kalau yang rajin bagi semangat kat orang by tulis sticky notes and all.

2. Sederhana - buku motivasi, buku yang tajuk dia 'how to', ni isinya banyak pesanan-pesanan membina, buku sirah atau buku kisah-kisah teladan. Bila baca buku gini lebih banyak intipati dapat, sebab huraian lebih banyak dan kisah-kisah tu semua boleh jadi pedoman..

Allah tidak pernah jauh :)
This is my current reading, isi dia ringan cuma sebab dia tebal kot jadi kategori sederhana la ek 😆. Buku ni hadiah dari seseorang, still reading. Best, cerita tentang hakikat kehidupan, tentang soal peluang dan putus asa dsb.

Hearts App
Ustaz Iqbal Zain!! Penyampaian beliau best... best sebab dalam pesanan-pesanan ada sirah nabi, ayat Al-Quran dan hadis sekali, bila dengar terus quotekan cerita dan nas tu supaya jadi pegangan untuk baiki diri dan rujukan akan datang. Dalam buku ni ada cerita-cerita teladan, pesanan dari ulama'-ulama' dan sebagainya.

Buku-buku sirah mostly hanis ada dari penulis macam Abdul Latip Talib, Zaharuddin Zabidi dll (lupa nak amik gamba buku) Tapi buku sirah ni paling liat nak baca.. mood on baru bukak teruk bethol haha cuma selalu pastikan ada la dalam koleksi sebab penting nak kena tahu.
 Semoga hanis diberi hidayah✊

3. Berat - rujukan fiqh, kitab, kitab syarah, dsb. Buku camni penting bila nak cari hukum-hukum, pandangan mazhab, ulama' mutaqaddimin dan mutaakhirin dsb. Berat tapi bila perlu pada rujukan senang nak tengok hehe.


Antara banyak jenis buku, hanis paling minat beli buku gini.. tapi ni paling jarang beli, sebab selalunya kena ada duit banyak sikit baru boleh beli. Impian hanis nak ada set lengkap kitab-kitab, tunggu satu hari nanti ada duit lebih hihi insyaAllah.

Ok thats all. Tak banyak mana pun buku hanis, tapi cukupla untuk isi hari-hari ku dengan kemanisan hihi. Hanisss nak sangat jadi orang berilmu and suka menyampaikan, semoga dapat la jadi seperti itu satu hari nanti.. InsyaAllah.

Nanti post lain kita share cara hanis pilih buku bila membeli okeh, insyaAllah. Maceh sudi baca :)

Sabar (part 2) kerana disetiap kesabaran ada kemanisan..

Assalamualaikum kecintaan aye :) 💘

Harini nak sambung coretan tentang kesabaran.. soal sabar ni memang panjang, dalam penulisan banyak huraiannya tentang sabar.. dalam perbuatan sabar ni pulak kadangnya susah untuk dilakukan.. perlu ambil masa dan ruang yang cukup untuk menjadikan diri mampu untuk menahan dari melakukan perkara2 yang Allah larang..

Setiap sorang dalam muka bumi ni, semua ada ujian masing-masing. Kadang tu sampai kita tak terbayang seseorang tu banyak sangat melalui ujian, sebab nampak dia sabar.. redha. Cemburu dengan orang yang sentiasa dapat kawal kesabaran dan yakin totally kepada takdir Allah.

Ada orang, dia kaya.. orang tau dia banyak duit sebab nampak kaya, rumah besar, boleh beli macam-macam.. tapi orang tak pernah nampak bila waktu dia susah, bila waktu dia kena kuat sebab takda duit..

Ada orang, dia tak jaga ikhtilat.. dia couple, dengan orang lain dia jaga batas tapi tidak dengan pasangan dia, orang nampak mungkin dia sedang buat dosa.. tapi orang taktahu betapa dia sedang struggle dan sentiasa bersalah dengan dosa yang satu tu..

Ada orang, dia pandai. Orang nampak dia pandai, selalu score. Tapi orang tak nampak dia susah sebab takda kawan, jati diri tak kuat, takda support system yang kuat. Yang ada cuma diri dia, yang boleh beri semangat kat diri sendiri.

Dan pelbagai lagi situasi kita, semua orang ada struggle masing2 nak keluar dari keadaan yang tak tenang. Semua orang ada ujian, sebab tu Allah kata Dia bersama dengan orang bersabar..

Belum tentu dia kaya, dia bahagia.. mungkin orang sederhana keluarganya lebih bahagia dan harmoni. Belum tentu juga pelajar tahfiz seorang alim, mungkin lebih berat ujiannya menjaga hafazan dan pandangan pada dunia..

Tempat yang kita ada sekarang, tempat yang kita sedang berdiri dan jalani hidup setiap hari ni, itulah yang terbaik untuk kita. Walaupun kita tak sedar, kita rasa seronok jadi orang lain, tapi kadang kita lupa ada juga orang yang mengharapkan hidup dia sama macam kita. Dan bila waktu kita rasa tak kuat sekalipun, Allah jadikan semua tu sebab memang kita yang paling layak, dan Allah tahu apa yang kita rasa time tu memang terbaik untuk kita.. taknampak disisi kita tapi Allah yang paling tahu.
Sebab tu besar pahala kita bersabar dengan kehidupan kita. Pemilik keadilan tu Allah, mana mungkin Yang Maha Adil berikan sesuatu yang sia-sia pada kita. Kena kuat sangkaan kita pada Allah.

Sebab tu, antara doa paling penting lepas doa kita memohon sesuatu kat dunia ni, mintalah agar kita dikurniakan rasa redha jika sesuatu yang kita nak tu belum kita miliki. PENTING!!

Bercakap soal tu, hanis teringat dulu waktu sekolah hanis selalu dapat result exam teruk.. cemburu sangat tengok orang lain sentiasa seronok je. Hanis ni nak dapat B+ pun susah. Ada masamasa tu hanis selalu tanya kat Allah sambil nangis, ya Allah kenapa kau uji aku macam ni, kenapa orang lain boleh dapat nikmat result yang baik, kenapa asyik aku je yang dapat result teruk.. aku solat, aku baca Quran.. aku sungguh-sungguh hafal Quran, aku cuba buat baik.. tapi kenapa aku selalu dapat ujian ni. Nangisnangis dan termenung sorangsorang kat musolla. (sedihnya bila teringat...)
Sejujurnya banyak masa yang hanis rasa hanis tak redha dengan takdir.. astaghfirullah teruk sangat bila ingat balik, tapi sebenarnya susah sangat nak sangka baik, belum masuk kena rendahkan lagi dengan beberapa individu, kena malukan dalam kelas dan lain-lain.. susah nak cari kekuatan tu..

Tapi sebenarnya, disebalik kesusahan kita rasa tu ada nikmat lain Allah bagi kat kita cuma kita terlalu fokus pada lubang kecil kesedihan tu sampai lupa nikmat-nikmat lain. Kena buka mata dan sedar, kita memang kena susah kat dunia ni sebab matlamat kita syurga..
"setiap hari kita mohon Allah kurniakan sabar pada kita, mana mungkin sabar tu terus datang tanpa ujian, mesti Allah uji dulu baru kita akan dapat kesabaran tu.." <-- ni ayat ibu hanis yang selalu ibu ulang bila cakap tentang sabar ni.

Sampai sekarang, bila nak minta sesuatu kat dunia.. lepas je doa tu terus doa juga minta Allah jadikan kita redha bila tak dapat benda tu sebab takut sangat kalau kita banyak bersangka buruk dengan Allah.. sedangkan Allah bagi semuanya terbaik..
kalau dapat pun nikmat tu tapi sebenarnya azab dalam nikmat, na'uzubillah..

Kita kena cuba jadikan ujian tu tanda cinta. Ustazah Asma' Harun pernah cerita.. Ada orang tu lepas kawin takda anak, setiap hari mohon pada Allah kurniakan anak.. lepas 10 tahun baru dikurniakan satu-satunya anak. Tapi satu hari anak dia meninggal, dia persoalkan pada Allah kenapa ambik satu-satunya anak dia..  yelah, dahlah lepas 10 tahun baru ada, satu pulak tu.. tiba-tiba meninggal.. orang lain yang ada ramai anak, semua sihat je.. kenapa dia Allah ambik anak tu? Ustazah pun tanya mcm mana hubungan dia dengan Allah bila dah ada anak.. Sebenarnya, bila dah dapat anak tu, dia sedikit lalai dalam ibadah kepada Allah.. sebab seronok bila ada anak.. jadi mungkin ujian tu sebab nak kita balik pada Allah semula..

Kita cuba sama-sama sebatikan sabar dalam diri kita, mungkin asbab sabar tu boleh jadi hujjah kepada kita untuk masuk ke syurga.. sabar kerana Allah.. InsyaAllah.

Satu hadis tentang sabar.. orang mukmin ni bila diuji dia bersabar.. bila dia diberi nikmat, dia bersyukur.. memang kita jauh nak gelar diri mukmin, tapi tu usaha kita.. so pegang dua tu..

Sabar dan syukur, pegang erat keduanya 💖

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Sabar (part 1), kerana tidak pernah rugi bagi yang bersabar..

Assalamualaikum 💓

Sihat ke pembaca-pembaca saya :) Mood harini nak menulis lewat malam.. alangalang lepas buat keje, kita turn on mood syahdu sikit hehe.

Kalau hanis nak hurai soal sabar, telah banyak kita dengar terutama daripada ulama' dan orang-orang hebat tentang keindahan dan kebesaran sabar itu.

Pernah tak kita fikir adakah sebenarnya sabar ni ada had ataupun tidak? Atau hanya kita didoktrinkan, selalu dengar sabar aku ni ada had tau, sabar ni lama-lama boleh meletus. Camtu kan selalunya kita dengar?

Tapi pernah tak terfikir.. kalau kita tak hadkan kesabaran tu, boleh ke kalau kita teruskan bersabar? 
Kalau tanya hanis, jawapan hanis... ya sabar memang ada had kerana perasaan kita memang fitrah untuk rasa marah, sedih, kecewa, terluka dan sebagainya.. TETAPI , kesabaran itu boleh dibentuk.. boleh dipujuk. Seandainya kita terlalu marah, kita terlalu sedih boleh buatkan kita tak mampu kawal perbuatan kita mungkin ada masa tertengking orang, terbiadab dengan orang terkurang ajar dan sebagainya. Tapi kita kena ingat, kita mampu kawal kesabaran.. walaupun perasaan itu fitrah. Sedangkan rasa cinta itu juga fitrah, perlu dibatasi dengan perintah dan larangan Allah.. sama juga kita perlu batasi apa-apa perasaan untuk kekalkan kesabaran tu.

Bukan bermakna kita biar sahaja semuanya berlalu, redha sahaja.. tidak. Tapi kita cuba jadikan diri kita bila sedih beragama, bila marah beragama, apa-apa sahaja yang kita lakukan.. biarlah beridentiti agama. Paling penting itu usaha, bukan terus sabar je.. kita try, kalau terlalu marah tahan dari bercakap yang bukan-bukan.. kuatkan hati untuk memaafkan bukan mengapi-apikan lagi. Sabar hati, sabar. Tak pernah kalah orang yang bersabar, malah rugi lagi orang yang merungut tentang keadaan.. Astaghfirullah, semoga kita boleh berusaha menjadi seperti itu.

Kalau tertanya bagaimana mengawal kesabaran, antara yang paling penting adalah doa. 

Ya Allah, aku memang tak kuat.. banyak dosa aku, aku tak mampu untuk tempuhi dunia melainkan kerana Engkau, kerana Engkau aku kuat.. oleh itu kurniakanlah aku kesabaran setiap waktu.. ingatkanlah aku untuk sabar ya Allah. 
Atau sebagaimana doa yang kita ingin ungkapkan.. yang penting istiqamah doa. Jangan pernah jemu, kerana Allah tidak pernah jemu dengar permintaan kita..

InsyaAllah.. semoga kita dalam golongan orang yang bersabar tiap waktu, kuat untuk mencari keredhaan Allah..💝

Kita sambung tentang kesabaran di part 2 ya. 



8 tahun telah berlalu...

Assalamualaikum semua :)

Nak gelak jap sebelum menaip panjang, hahahahah. Rasa kelakar pula, latest post before yang ni time form one youalls.😆 Sekarang dah besar dah ha, 21 dah hihi. Eh besar ke?😏

Before hanis nak post macam-macam kat blog, plus lepas 2 hari edit semua ni walaupun still tak puas hati, hanis nak la share kalau ada yang tertanya-tanya kenapa blog? kenapa tulis kat blog? Ig kan ada? Fb kan ada? Twitter?  Dah ler blog sape je nak pegi? Bukanke orang pegi blog kalau nak cari info je haha.

Jawapannya.. jengjengjeng. Haha jawapan dia entahler kome. Hanis pun taktahu, sebenarnya sebab sekarang cuti sem, memang ada niat nak menulis.. dah lama tinggal zaman penulisan, dulu time sekolah menengah, gigih tau tulistulis, hantar surat kat orang, share quotes bagi semangat kat kengkawan sume.. poyo je.

Hahaha. Tapi apa yang hanis tahu, menulis ni menyampaikan apa dari hati.. apa yang hanis tulis menenangkan jiwa hanis, dan harapannya boleh menenangkan jiwa orang juga. Giteww kedengaran acah ye haha. Tapi betul, saya lebih jujur dalam penulisan dari percakapan.

Hanis tak pilih tempat lain untuk post, sebab percaya atau tidak jari saya lebih laju menari disini berbanding di ig, taktahula.. tak minat kot. Dulu pun buat ig sebab nak tahu update kekawan sume, sebab time tu sapa je lagi main fb, tak ramai. Fb sekarang pun golongan makmak kita yang mendominasi haha.

TAPI, sebenarnya dalam keseronokkan dapat kembali ke alam penulisan ni... lebih besar lagi rasa ketakutan.. macam-macam benda terfikir, layak ke aku menulis? cane kalau apa yang aku tulis ni salah? tapi kalau aku tulis aku bukannya baik cane? cane kalau tulisan ni jadi fitnah atas diri aku?
Dan macam-macam lagi sebenarnya... tapi ya Allah, dalam nak lawan rasa tak sedap hati tentang menulis ni, apa yang hanis harap.. semoga usaha sedikit ni dapat bantu aku baiki diri, sekaligus beri semangat untuk orang baiki diri samasama. 

Antara benda yang hanis rasa bukak mata hati hanis untuk terus menulis adalah, bila bukak fb. Fb dah jarang pakai untuk contact orang sekarang, tapi! Fb ni bantu hanis imbau balik kenangan lama, zaman dulu ada tulis2 kebaikan kat wall, ada berpesan-pesan kepada orang (disamping segala kesengetan otak menaip yang bukan-bukan😂). Tak banyak pun, tapi cukup buat hanis terfikir, oh macam ni ke aku dulu? Sekaligus diri yang rasa makin jauh tersasar nampak sinar sikit untuk patah balik... apa yang aku pesan dulu sebenarnya nasihat untuk aku. Mungkin tanpa tulisan tu, aku tak berapa sedar... Alhamdulillah, besar kuasa kata-kata dan penulisan.. lebih banyak kesannya kepada tuan yang telah menulis.

Jadi mulai harini nak cuba pasakkan dalam hati, menulis untuk baiki diri sendiri dan ajak orang lain.. InsyaAllah hanis cuba. 
Okaylah, sampai sini je.. banyak nak cakap, tapi bosan korang nak dengarnya. Kita sambung pada post2 lain ya. InsyaAllah.

Wal-'Asr: Memerah Sebuah Usia – Saifulislam.Com
"berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran"

Allah yusahhil InsyaAllah..